Ujian Keberintangan (Resistivity Test)

Ujian resistivity merupakan kaedah yang digunakan bagi mengesan lokasi yang berpotensi mempunyai groundwater reservoir (takungan air bawah tanah). Ujian resistivity dilaksanakan dengan menggunakan kaedah mengukur taburan rintangan bahan-bahan di dalam tanah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.0 di bawah. Pengukuran rintangan tersebut dilaksanakan dengan menanam sejumlah 25 hingga 100 electrode ke dalam tanah pada jarak yang tetap setiap satu, pada satu garisan lurus. Data-data yang diperolehi akan dianalisa menggunakan komputer bagi menghasilkan imej bahan-bahan di dalam tanah pada lokasi tersebut.

Gambar 1.0 di bawah menunjukkan contoh perlaksanaan ujian resistivity, dimana empat (4) garisan ujian telah dibuat (L1. L2. L3 dan L4). Gambar keputusan ujian ini yang menunjukkan imej bahan-bahan di dalam tanah adalah seperti ditunjukkan dalam Gambar 2.0 di bawah.

Merujuk kepada keputusan ujian restivity seperti ditunjukkan dalam gambar 2.0 di atas, lokasi yang berpotensi mempunyai groundwater reservoir berada pada garisan L1 (kawasan bertanda biru) seperti ditunjukkan dalam Gambar 3.0 di bawah. Lokasi ini dipilih kerana ia berpotensi mempunyai kadar air bumi yang banyak. Kedalaman groundwater reservoir juga dapat ditentukan melalui perlaksanaan ujian resistivity ini, dimana berdasarkan gambar 2.0 di atas, kedalaman groundwater reservoir bagi kedua-dua kawasan bertanda biru pada garisan L1 tersebut ialah masing-masing pada 100m dan 80m.

Setelah lokasi yang berpotensi mempunyai groundwater reservoir dikenalpasti, maka kerja-kerja penggalian telaga air akan dilaksanakan.