Proses-Proses Rekabentuk

Dalam melaksanakan rekabentuk, proses-proses rekabentuk yang perlu dilakukan ialah menjalankan design review berdasarkan sumber dari design input dan spesifikasi, membuat lakaran konsep, melaksanakan design verification, melaksanakan design Failure Mode Effect Analysis (FMEA), membuat detail design menggunakan Computer Aided Design (CAD) Software seperti AutoCAD, Solid Work, dan sebagainya. Akhir sekali menjalankan design validation setelah rekabentuk siap dibina. Kesemua langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya produk yang direkabentuk dapat memenuhi kehendak, menepati spesifikasi yang ditetapkan dan berkualiti. Dalam sesebuah organisasi, proses rekabentuk ini boleh dikawalselia dengan menggunakan sistem pengurusan kualiti seperti Standard MS ISO . Berikut diterangkan proses-proses rekabentuk tersebut secara terperinci.

1. Design review;

Menjalankan design review merupakan proses pertama selepas memperolehi maklumat-maklumat yang diperlukan daripada design input. Proses design review ini dijalankan dengan menggunakan borang seperti di bawah (akan dilampirkan kemudian). Design input yang terdiri daripada kehendak rekabentuk, spesifikasi yang ditetapkan, kekangan-kekangan yang berkaitan seperti bahan, kewangan, kemampuan untuk dibina dan sebagainya, perlu dikaji dengan teliti supaya penghasilan produk dapat direalisasikan.

2. Lakaran konsep rekabentuk;

Lakaran konsep ini dilakukan secara ringkas bagi menggambarkan bentuk produk yang akan dihasilkan. Proses menjalankan lakaran konsep ini juga adalah bagi memudahkan proses melukis produk yang akan dibuat secara terperinci menggunakan perian CAD.

3. Design verification;

Dengan berpandukan design review dan lakaran konsep rekabentuk yang telah dibuat, seterusnya proses design verification akan dijalankan dengan menggunakan borang sebagaimana ditunjukkan di bawah (akan dilampirkan kemudian). Design verification ini dijalankan bertujuan membuat pengesahan ke atas maklumat dari design review samada ianya dapat dipenuhi ataupun tidak dan samada ianya perlu diubah. Sekiranya spesifikasi dan kehendak rekabentuk masih belum dapat dipenuhi, maka design review perlu dilakukan sekali lagi dan lakaran konsep rekabentuk perlu diubah.

4. Design Failure Mode Effect Analysis (FMEA);

Failure mode effect analysis merupakan kaedah yang dijalankan dalam menjangkakan kegagalan-kegagalan yang berpotensi boleh berlaku dalam rekabentuk sesebuah produk. Proses menjalankan design FMEA ini juga dilaksanakan dengan menggunakan borang sebagaimana ditunjukkan di bawah (akan dilampirkan kemudian). Setiap kegagalan yang dikenalpasti berpotensi berlaku terhadap produk akan ditangani, dikawal atau dikurangkan kesannya dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bergantung kepada tahap kesan kegagalan tersebut.

5. Detail design; dan

Aktiviti melaksanakan detail design dibuat dengan menggunakan Computer Aided Design (CAD) Software. Detail design bagi setiap komponen perlu mengambilkira kemampuan komponen tersebut untuk difabrikasi dan seterusnya dipasang.

6. Design validation.

Design validation merupakan proses pemeriksaan akhir yang dilakukan terhadap rekabentuk yang siap dibina sebelum ianya digunakan. Pada peringkat ini, pematuhan terhadap spesifikasi dan kehendak yang ditetapkan pada rekabentuk ini akan disemak dan dinilai. Proses menjalankan design validation ini juga dijalankan dengan menggunakan borang sebagaimana ditunjukkan di bawah (akan dilampirkan kemudian).