Peringkat Kedua : Naiktaraf Mode Kawalan

Perkara ini telah dibincangkan pada posting yang lepas, iaitu :

1. TCG Berfungsi untuk tujuan Pengairan dan Saliran (kawalan banjir dan kawalan pengairan)

2. Punca bekalan kuasa diperolehi dari TNB, 3 fasa 415vac

3. Operasi buka-tutup TCG ialah purata 2 kali sehari

4. Mode operasi adalah secara semi-auto iaitu memerlukan operator untuk menghidupkan sistem alat angkat iaitu aktuator

5. Setiap 1 kali operasi ambil masa 15 minit untuk lengkapkan proses open-close

 

Untuk jimatkan lagi penggunaan bekalan kuasa, beberapa perkara diatas telah diubahsuai atau dinaiktaraf

1. Mode operasi ditukar kepada kawalan automatik sepenuhnya dimana pemasangan Remote Terminal Unit (RTU) diperkenalkan.  Dalam RTU meliputi input seterusnya proses dan seterusnya output.

i.  Input – sensor , ultrasonic water level sensor

ii. Proses – program logic control (PLC)

iii. Output – digital input/digital output (DI/DO) komponen/instrument

2. Operasi secara kawalan automatik sepenuhnya tidak semestinya memerlukan TCG mengambil tempoh masa 15 minit untuk open-close.  ianya hanya bergantung kepada paras air semasa sahaja.

 

Bagaimana ia terhasil? kebijaksanaan kita menyediakan algorithm untuk tujuan pengaturcaraan didalam PLC

 

 

bersambung…….