Operasi dan Penyenggaraan Kapal Korek Jenis Cutter Suction Dredger

Prinsip asas operasi kapal korek jenis cutter suction dredger dibahagikan kepada tiga (3) bahagian, sebagaimana berikut:

  1. Bahagian pertama ialah pasir atau tanah berpasir di dalam air akan digali menggunakan mata pemotong (cutter drive) yang akan bergerak secara menegak (untuk mendalamkan penggalian) dan melintang (untuk meluaskan kawasan penggalian). Kedua-dua arah pergerakan ini, masing-masing digerakkan oleh cutter ladder dan side winch.
  2. Bahagian kedua ialah pasir atau tanah berpasir yang telah dihancurkan menggunakan cutter drive tadi, akan disedut menggunakan pam pengorekan (dredge pump) untuk dihantar ke daratan melalui deretan paip hantaran.
  3. Bahagian ketiga adalah proses pergerakan kapal ini ke hadapan atau ke belakang menggunakan spud.

Ketiga-tiga proses ini akan berjalan secara berulang-ulang sehingga kedalaman, lebar dan jarak pengorekan yang dikehendaki diperolehi. Kapal korek yang pernah dioperasikan oleh saya masih belum lengkap sepenuhnya kerana tidak memiliki dua (2) peralatan penting yang dinamakan anchor boom dan spud carrier. Disebabkan ketiadaan dua (2) peralatan ini, maka operasi kapal korek ini agak terbatas dan kurang lancar. Disamping itu, tenaga kerja yang lebih diperlukan disebabkan kekurangan yang ada pada kapal korek ini.

Bersambung …..